Berita Utama

Gangguan internet tak jejas rakaman prosiding rayuan Najib di mahkamah terbuka

Peguam, pendakwa raya masih dibekal dengan salinan rakaman

PUTRAJAYA, 25 Syaaban 1442H, Rabu – Gangguan Internet Putrajaya Campus Network (PCN) di Bangunan Istana Kehakiman dan beberapa agensi kerajaan lain selama satu jam setengah, semalam tidak menjejaskan rakaman prosiding rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijalankan secara terbuka di Mahkamah Rayuan.

Semalam merupakan hari kedua pendengaran rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya bagi pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.

Menurut kenyataan Pejabat Kedua Pendaftar, Mahkamah Persekutuan Malaysia hari ini, gangguan yang bermula pada 10.30 pagi hingga 12 tengah hari itu, telah menyebabkan tayangan langsung prosiding rayuan di Dewan Persidangan, Istana Kehakiman untuk pengamal media tidak dapat ditayangkan.

“Namun, gangguan itu tidak menjejaskan rakaman prosiding rayuan di mahkamah terbuka, dan semua peguam dan pendakwa raya masih dibekalkan dengan salinan (soft copy) rakaman prosiding selepas prosiding berkenaan berakhir,” menurut kenyataan itu yang merujuk kepada artikel sebuah portal berita bertajuk ‘Shafee goes ‘silent’ for over an hour during SRC appeal’, semalam. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button