Berita Utama

RON97 naik 2 sen minggu ini

Harga baharu ditetapkan bagi tempoh 8 April hingga 14 April

BANGI, 25 Syaaban 1442H, Rabu – Harga runcit petrol RON97 naik lagi sebanyak 2 sen daripada RM2.52 seliter kepada RM2.54 seliter.

Harga terbaharu produk petroleum itu ditetapkan bagi tempoh 8 April sehingga 14 April depan, menurut Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, harga runcit bagi RON95 dan diesel masing-masing kekal pada paras RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Kementerian berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras siling RIM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button