Berita UtamaDunia

Sudan batal undang-undang boikot Israel

Majlis Menteri, Majlis Berdaulat akan muktamad undang-undang baharu

KHARTOUM, 25 Syaaban 1442H, Rabu – Sudan bertindak membatalkan undang-undang yang memperuntukkan pemboikotan ke atas negara haram Israel.

Undang-undang terbabit dikuatkuasakan sejak negara itu memperoleh kemerdekaan dari Britain.

“Kabinet Sudan dalam mesyuaratnya hari ini (Selasa) telah meluluskan undang-undang baharu yang membatalkan undang-undang memboikot Israel tahun 1958.

“Sudan yakin keputusan itu tetap berpegang kepada penyelesaian masalah Palestin melalui pelaksanaan resolusi dua negara,” kata Majlis Menteri Sudan dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, pihaknya akan memuktamadkan undang-undang baharu itu bersama-sama Majlis Berdaulat.

Sudan mengadakan hubungan normalisasi dengan negara penjajah Israel tahun lalu, setelah menerima tekanan dari Amerika Syarikat (AS) berikutan penghapusan ketetapan negara Afrika dari negara-negara yang menyokong keganasan. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button