Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

’10 kali dengar’ audio Zahid, Anwar tulen: Annuar Musa

Dakwa hubungan politik di antara UMNO, PKR memang terjalin

BANGI, 26 Syaaban 1442H, Khamis – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa, rakaman audio perbualan antara dua individu mirip suara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tular sejak semalam adalah tulen.

Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, pengecaman suara di dalam rakaman audio itu bukan perkara rumit, tambahan pula beliau adalah individu yang amat dekat dan rapat dengan kedua-dua ahli politik berkenaan.

“Saya cuba mendengarnya 10 kali malam tadi, saya rasa saya boleh cam suara itu dan yakin 100 peratus ia tulen,” dakwanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Mengulas mengenai perkara sama, Annuar menyifatkan, kandungan percakapan antara kedua-dua individu terbabit amat mengecewakannya.

“Saya bukan mempersoal kebebasan bercakap tetapi content percakapan itu jelas menunjukkan ada perancangan, kebersamaan dan perbincangan yang bercanggah dengan dasar ‘No Anwar, No DAP’ yang diputuskan parti,” katanya.

Dakwanya lagi, hubungan kerjasama politik antara UMNO dan PKR sememangnya terjalin.

“Saya sangat berkeyakinan memang ada perhubungan dan perhitungan…Gunalah apa sahaja, boleh guna konspirasi,” katanya.

Jelasnya Annuar, hubungan berkenaan boleh dilihat menerusi surat sokongan Anwar yang ditandatangani oleh Ahmad Zahid, yang kemudiannya dinafikan.

“Kemudian kenyataan media mengenai tuntutan mengadakan sidang Parlimen. Copy paste (surat) juga membuktikan ada muafakat di belakang tabir.

“Sekarang keluar pula rakaman audio,” katanya.

Semalam, tular di laman sosial rakaman suara panggilan telefon berdurasi empat minit 17 saat mirip Anwar yang memuji ucapan Ahmad Zahid pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.

Bagaimanapun Ahmad Zahid dan Anwar menafikan pembabitannya di dalam rakaman suara terbabit.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button