Dunia

UK kutuk tindakan tentera ambil alih Kedutaan Myanmar di London

Gesa kudeta, kekerasan dihentikan dan demokrasi segera dipulihkan

LONDON, 26 Syaaban 1442H, Khamis – Britain pada Khamis mengutuk tindakan rejim tentera yang mengusir duta Myanmar dari bangunan kedutaan di London, lapor Agensi Berita Anadolu.

“Kami mengutuk tindakan rejim tentera Myanmar di London semalam, dan saya hargai keberanian Kyaw Zwar Minn.

“UK akan terus menggesa kudeta dan kekerasan dihentikan dan demokrasi segera dipulihkan,” tulis Setiausaha Luar Dominic Raab di akaun Twitternya.

Duta Myanmar di London pada Rabu berkata beliau dan petugas telah diusir dari bangunan gedung kedutaan oleh atase tentera negara itu.

“Mereka tidak membenarkan saya masuk ke kedutaan. Mereka kata mereka dapat arahan daripada pihak bandaraya itu, jadi mereka tidak akan membenarkan saya masuk,” katanya.

Zwar Minn pernah menyuarakan bantahannya terhadap kudeta dan menuntut pembebasan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Aung San Suu Kyi dan pegawai kanan kerajaan yang lain.

Beliau juga telah bertemu setiausaha luar itu untuk menyatakan bantahannya terhadap kekejaman tentera di Myanmar.

Sekurang-kurangnya 581 orang di Myanmar terkorban sejak rampasan kuasa tentera pada 1 Februari lalu dan sehingga 6 April, seramai 2,750 orang ditahan, 38 daripadanya dijatuhi hukuman. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button