Berita Utama

Bekalan air di 56 kawasan di Kuala Lumpur, Gombak pulih

Bukit Bandaraya dan Taman Bandaraya masih belum pulih

KUALA LUMPUR, 26 Syaaban 1442H, Khamis – Bekalan air di 56 kawasan yang mengalami gangguan bekalan air berjadual di Kuala Lumpur dan Gombak pulih sepenuhnya pada 6 petang tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan hanya dua kawasan di Kuala Lumpur yang masih belum pulih iaitu Bukit Bandaraya dan Taman Bandaraya.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan,” menurut kenyataan itu.

Gangguan bekalan air itu berlaku berikutan kerja penggantian injap di jajaran paip air mentah dari empangan Klang Gates yang menyebabkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas dan Wangsa Maju pada Selasa lepas.

Kenyataan itu menyatakan Air Selangor akan memaklumkan perkembangan proses pemulihan bekalan air di kawasan terjejas dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk laman sesawang www.airselangor.com, aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button