Berita UtamaDunia

AS, Britain serang Houthi di Yaman

Lebih sedozen lokasi disasar termasuk pangkalan tentera

WASHINGTON, 30 Jamadilakhir 1445H, Jumaat – Negara pencabul hak asasi, Amerika Syarikat (AS) dan Britain melancarkan serangan terhadap sasaran yang dikaitkan dengan pergerakan Houthi di Yaman.

Tindakan itu adalah serangan pertama terhadap kumpulan yang disokong Iran sejak ia mula menyasarkan perkapalan antarabangsa di Laut Merah akhir tahun lalu.

Seorang pegawai Houthi mengesahkan ‘serbuan’ di seluruh negara, termasuk di ibu negara Sanaa bersama-sama dengan bandar Saada dan Dhamar serta di tadbir Hodeidah, sekali gus menyifatkan ia ‘pencerobohan Amerika-Zionis-British.’

Saksi memberitahu Reuters bahawa serbuan pada Khamis menyasarkan pangkalan tentera bersebelahan dengan lapangan terbang Sanaa, tapak tentera berhampiran lapangan terbang Taiz, pangkalan tentera laut Houthi di Hodeidah dan tapak tentera di Gabenor Hajjah.

Seorang pegawai AS yang enggan namanya didedahkan berkata, serangan itu dilakukan oleh pesawat, kapal dan kapal selam.

Dua pegawai berkata, Australia, Kanada, Bahrain dan Belanda memberi sokongan untuk operasi itu.

Katanya, lebih daripada sedozen lokasi disasarkan dan serangan itu bertujuan untuk lebih daripada sekadar simbolik.

Serangan yang berterusan adalah salah satu demonstrasi paling dramatik setakat ini mengenai panjangnya perang Israel-Hamas di Timur Tengah sejak meletusnya pada Oktober.

Houthi – yang merampas sebahagian besar Yaman dalam perang saudara – berikrar untuk menyerang kapal-kapal yang dikaitkan dengan Israel atau menuju ke pelabuhan Israel.

Setakat ini, Houthi telah menyerang 27 kapal mengganggu perdagangan antarabangsa di laluan utama antara Eropah dan Asia yang menyumbang kira-kira 15 peratus daripada trafik perkapalan dunia.

Serangan daripada Houthi adalah demonstrasi sokongan terhadap Hamas, kumpulan pejuang Islam Palestin yang mengawal Gaza.

Israel telah melancarkan serangan ketenteraan yang telah membunuh lebih 23,000 rakyat Palestin di Gaza selepas serangan Hamas ke atas negara pengganas itu pada 7 Oktober tahun lalu.

Terdahulu, pemimpin Houthi berkata, sebarang serangan AS ke atas kumpulan itu tidak akan berakhir tanpa tindak balas.- Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button