Berita Utama

Audio tular: Kedudukan Zahid sebagai Presiden UMNO makin tak kukuh

'Cara terbaik untuk bergerak kehadapan adakan pemilihan parti': Khairy

KUALA LUMPUR, 27 Syaaban 1442H, Jumaat – Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau Khairy Jamaludin yang mengulangi gesaan supaya pemilihan UMNO perlu diadakan berkata, kedudukan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam parti tersebut semakin tidak kukuh.

Khairy berkata, ini berikutan kebocoran satu klip audio yang didakwa sebagai perbualan antara Ahmad Zahid dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Berikutan itu, beliau mengesa agar Majlis Tertinggi parti itu untuk bertemu segera dan membenarkan untuk pemilihan parti itu diadakan secepat mungkin.

“Saya rasa, ramai ahli dalam parti kurang selesa dengan perbualan telefon yang didakwa antara presiden parti kita dengan Anwar. Kedudukan Ahmad Zahid pada saya, kini tidak lagi kukuh dan cara terbaik untuk bergerak kehadapan adakan pemilihan parti,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas pelancaran Kempen Kesedaran Autisme CHAMPS-NASOM 2021 di Subang Jaya, hari ini.

Baru-baru ini, satu rakaman audio perbualan antara dua individu dengan suara menyamai Ahmad Zahid dan Anwar, yang didakwa berlangsung selepas Perhimpunan Agung Umno, bocor di sosial media. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button