Berita Utama

DAP akan jadi ‘kingmaker’ dalam PRU15!

Parti itu juga bercadang letak calon bertanding di Kelantan

BANGI, 27 Syaaban 1442H, Jumaat – Bendahari Kebangsaan DAP, Fong Kui Lun percaya bahawa parti itu akan menjadi ‘kingmaker’ pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Memetik laporan Malaysiakini, beliau dipetik sebagai berkata, walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanya bertahan selama 22 bulan, mereka tidak berputus asa untuk mengembalikan mandat rakyat.

“Setelah ditumbangkan melalui Langkah Sheraton pada awal tahun lalu, namun kita tidak berputus asa. Matlamat PH atau PH Plus akan diteruskan dan saya percaya para pengundi yang memilih PH membentuk kerajaan merasa terkilan dan bertekad untuk menjadi kerajaan semula pada PRU15.

“Saya percaya parti kita DAP akan menjadi kingmaker pada PRU15,” katanya.

Terdahulu, DAP bercadang meletakkan calon untuk bertanding di Kelantan pada PRU15.

Pertimbangan itu dibuat susulan kejayaan parti mengadakan konvensyen negeri buat julung kalinya pada hari ini.

Konvensyen itu juga menyaksikan DAP Kelantan memilih ahli jawatankuasanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button