Dunia

Indonesia larang perjalanan dalam negara

Hanya ada kebenaran, kes kematian keluarga dikecualikan

JAKARTA, 27 Syaaban 1442H, Jumaat – Indonesia pada Khamis mengumumkan larangan perjalanan dalam negara sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri bulan depan, dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19 secara menyeluruh. 

Negara majoriti penduduk muslim di dunia itu, masih berperang dengan pandemik berkenaan apabila kes jangkitan kekal pada kadar tertinggi di Asia. 

Larangan perjalanan laut, darat, udara dan kereta api untuk percutian 6 Mei hingga 17 Mei adalah tambahan kepada ketetapan yang diumumkan bulan lalu, mengenai larangan tradisi pulang ke kampung atau ‘mudik’ bagi merayakan Aidilfitri. 

Kira-kira 27 juta responden daripada tinjauan kementerian pengangkutan mengatakan mereka akan pulang ke kampung walaupun dikuat kuasakan larangan itu, menurut jurucakap, Adita Irawati.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa percutian menyebabkan peningkatan kes jangkitan meningkat mendadak dan keselamatan sempadan akan ditingkatkan.

Larangan perjalanan hanya dikecualikan bagi pelancong diplomatik, pekerja yang mempunyai kebenaran atau kes-kes tertentu lain seperti kematian keluarga. 

Indonesia telah melaporkan lebih 1.55 juta kes COVID-19 dengan 42,200 kematian.-  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button