Dunia

Myanmar had akses internet, sekat TV satelit

Hanya boleh akses beberapa rangkaian dalam tempoh singkat

YANGON, 27 Syaaban 1442H, Jumaat – Tentera Myanmar menghadkan akses internet dan perkhidmatan jalur lebar bagi menghalang rakyat mendapat maklumat dari luar. 

Sekatan maklumat di bawah pemerintahan junta bertambah buruk pada Khamis apabila rakyat hanya boleh mengakses beberapa rangkaian untuk satu tempoh singkat. 

Pihak berkuasa di beberapa kawasan juga mula menyekat siaran TV satelit yang digunakan untuk mengakses siaran berita antarabangsa. 

Bagaimanapun, belum dipastikan sama ada gangguan internet membabitkan dua pembekal perkhidmatan iaitu MBT dan Infinite Networks itu hanya bersifat sementara. 

MBT berkata, perkhidmatannya dihentikan antara Yangon dan Mandalay – dua bandar besar di negara itu. 

Pengguna internet mengadu akses perkhidmatan perlahan sejak seminggu lalu. 

Protes terhadap rampasan kuasa 1 Februari yang menggulingkan Aung San Suu Kyi masih diteruskan pada Khamis, walaupun 11 orang dibunuh oleh pasukan keselamatan sehari sebelumnya. 

Kerajaan tentera secara beransur-ansur menyekat perkhidmatan internet sejak rampasan kuasa. 

Pada mulanya, sekatan dikenakan ke atas media sosial seperti Facebook, sebelum memotong pula perkhidmatan data mudah alih pada waktu malam. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button