Berita Utama

Selangor dibenar solat tarawih di masjid, surau

SOP solat sunat tarawih sama seperti mana solat Jumaat

SHAH ALAM, 27 Syaaban 1442H, Jumaat – Selangor membenarkan umat Islam mendirikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat di masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Bagaimanapun beliau berkata, pengurusan masjid dan surau dinasihatkan untuk membaca surah yang pendek atau ayat lazim, ketika melaksanakan solat sunat tersebut.

“Prosedur operasi standard (SOP) solat sunat tarawih sama seperti solat Jumaat, di mana jemaah perlu bawa sejadah sendiri, membuat semakan suhu, memakai pelitup muka dan mendaftar terlebih dahulu sebelum ke masjid,” katanya pada sidang media selepas Majlis Hi-Tea Tautan Ukhwah Syarikat Korporat Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di sini, hari ini.

Mohd Zawawi berkata, kerajaan negeri mengambil pendekatan tidak menghebahkan SOP solat sunat tarawih kepada umum, bagi mengelakkan berlakunya salah faham dalam kalangan jemaah.

“Jadi kita taklimatkan sahaja kepada nazir dan pengerusi masjid yang bertanggungjawab, dalam memastikan protokol kesihatan sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih,” katanya. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button