Berita UtamaDunia

Iraq beri amaran tutup premis pekerja belum terima vaksin COVID-19

Perintah berkurung dilaksana dalam beberapa minggu

BAGHDAD, 28 Syaaban 1442H, Sabtu – Pihak berkuasa Iraq melakukan perintah berkurung di Baghdad susulan peningkatan kes COVID-19.

Pada masa sama, pihak berkuasa turut memberi amaran akan menutup premis yang masih menggunakan khidmat kakitangan yang belum menerima vaksin.

Perintah berkurung akan dilakukan selama 24 jam sehari dalam tempoh beberapa minggu, termasuk pada bulan Ramadan minggu hadapan.

Dalam sekatan itu, konkrit penghalang telah ditempatkan di ibu kota.

Penempatan konkrit itu dilakukan atas permintaan jawatankuasa pemerintah anti- Coronavirus. 

Jumlah jangkitam harian COVID-19 di Iraq telah mencapai tahap tertinggi dalam beberapa hari berturut-turut iaitu 8,500 kes berbanding 6,500 kes pada dua minggu lalu.

Selain itu, negara itu juga telah lama mengalami kekurangan alat perubatan dan penempatan di hospital, yang mengakibatkan pesakit yang dijangkiti wabak itu semakin lemah.

Negara yang diduduki 40 juta orang itu telah menerima hampir 400,000 dos vaksin setakat ini, terutama melalui COVAX – antara inisiatif antarabangsa dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan rakan-rakannya untuk memastikan akses vaksin COVID-19 yang adil dan berkesan di seluruh dunia.

Bagaimanapun, kebanyakan rakyat Iraq enggan menerima suntikan vaksin COVID-19.

Malah, Kementerian Kesihatan pada hari ini turut memberi amaran bahawa ia akan menutup beberapa premis termasuk pusat komersial, kedai, restoran dan pusat perubatan swasta sekiranya kakitangan mereka masih belum menerima vaksin.

Kementerian itu turut meminta agen pelancongan untuk tidak menjual tiket pesawat kepada individu yang gagal mengemukakan bukti vaksinasi. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button