Berita Utama

Puad sindir KJ tak ada prerogatif nasihat Anwar

'Lebih baik KJ menasihati boss dia Muhyiddin yang kini kucar kacir'

BANGI, 15 Jamadilawal 1445H, Rabu – “KJ tidak ada prerogatif menasihati Anwar supaya membuat rombakan Kabinet. Dia bukan ‘politician’. Dia tidak ada jawatan dalam parti.

“Dia tidak berparti. KJ sudah lama ‘keluar sekejap’, demikian sinis Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi kepada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dipercayai berkata demikian selepas bekas Menteri Kesihatan menggesa Anwar menggugurkan menteri tidak berprestasi dalam Jemaah Menteri.

KJ menerusi artikel disiarkan di portal Singapura, Fulcrumdi berkata, Anwar gagal memisahkan jawatan perdana menteri dan menteri kewangan, langkah yang pernah dipertikaikan sendiri ketika menjadi pembangkang.

Selain itu, katanya, Anwar mula hilang daya tarikan kepada rakyat yang berdepan masalah kenaikan kos sara hidup.

Menyelar kenyataan bekas Ahli Parlimen UMNO itu, Puad secara sinis berkata, adalah lebih baik KJ menasihati Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini didakwanya kucar kacir.

“Populariti Muhyiddin makin merosot. KJ pakar populis. Elok KJ tunjuk ajar Muhyiddin.

“KJ boleh menasihati Muhyiddin cara menghalang MP Bersatu yang satu persatu sokong Anwar Ibrahim. Muhyiddin sedang buntu. Tolong dia,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button