Berita Utama

Berbeza fahaman, PAS belum sedia bekerjasama dengan Amanah

Cara serta pendekatan berbeza, PAS belum temui titik persamaan

KOTA BHARU, 29 Syaaban 1442H, Ahad – Perbezaan fahaman menjadi punca PAS tidak boleh menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah).

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara berkenaan juga menyebabkan pihaknya belum sedia menjalinkan hubungan dengan parti yang diterajui oleh Mohamad Sabu itu.

“Setakat ini kita tidak boleh terima sebab cara dan pendekatan Amanah berbeza dengan PAS.

“Hari ini, PAS masih belum menemui titik persamaan antara PAS dan Amanah,” katanya seperti dilapor media tempatan, hari ini.

Pada masa sama, Mohd Amar menyifatkan rundingan antara Amanah Kelantan dengan veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pertemuan individu yang tidak membabitkan parti.

Beliau berkata, Amanah berhak melakukan rundingan dengan mana-mana pihak selari dengan konsep demokrasi yang diamalkan di negara ini.

“Rundingan itu bukan ancaman buat PAS,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button