Berita UtamaDunia

Bincang bekalan senjata, AS lakukan lawatan pertama ke Israel

AS tak beri harapan sambung semula perjanjian nuklear 2015

TEL AVIV, 29 Syaaban 1442H, Ahad – Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin melakukan lawatan ke Israel hari ini.

Lawatan itu sekali gus menjadikan yang pertama daripada wakil kanan pentadbiran Presiden AS, Joe Biden ke negara haram itu.

Pendirian Austin terhadap Iran sebelum ini telah membimbangkan pemimpin tertinggi Israel, Benjamin Netanyahu.

Austin yang dijadual bertemu Netanyahu dan Menteri Pertahannan Israel, Benny Gantz dalam lawatan dua hari itu akan membincangkan mengenai bekalan senjata AS ke Israel.

Meskipun Washington telah berusaha meyakinkan Israel mengenai masalah keselamatan serantau, ia tidak memberi harapan untuk menyambung semula perjanjian nuklear 2015 antara kuasa besar dan Iran.

Perjanjian itu dihentikan ketika pentadbiran bekas Presiden Donald Trump sebelum ini.

Israel telah lama mengkritik kesepakatan itu yang disifatkannya sebagai kemampuan sementara nuklear Iran, yang turut akan memberi ruang kepada Tehran menghasilkan bom dalam tempoh masa panjang.

Negara penjajah itu juga menegaskan ia tidak mahu terikat dengan sebagai diplomasi. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button