Berita Utama

DAP pertahan 2 kerusi Parlimen, 11 DUN di Negeri Sembilan pada PRU15

Tiada sebarang kerjasama politik PH, UMNO melain isu kepentingan rakyat

SEREMBAN, 29 Syaaban 1442H, Ahad – DAP akan mempertahankan dua kerusi Parlimen dan 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Negeri Sembilan yang dimenangi sebelum ini pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Pengerusi DAP negeri Anthony Loke Siew Fook.

Ahli Parlimen Seremban itu berkata perkara tersebut telah dipersetujui dalam Pakatan Harapan (PH).

“Saya yakin tiada isu pertindihan calon antara gabungan parti PH di negeri ini serta kami telah menyatakan sokongan dan komitmen terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun,” katanya kepada pemberita pada Konvensyen Biasa DAP Negeri Sembilan Penggal ke-19 di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Aminuddin yang juga Pengerusi PH negeri.

Sementara itu, Lim berkata tiada sebarang kerjasama politik di antara PH dan UMNO melainkan isu melibatkan kepentingan rakyat.

Untuk rekod, DAP Negeri Sembilan memenangi dua kerusi Parlimen iaitu Seremban dan Rasah manakala DUN termasuk Chennah, Bahau, dan Nilai. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button