Berita Utama

Darurat: PN tak pernah bertindak di luar Perlembagaan Persekutuan

Apabila kerajaan nasihat Agong, ia merujuk kepada Perkara 150 (Proklamasi Darurat)

KUALA LUMPUR, 29 Syaaban 1442H, Ahad – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah melangkaui batas Perlembagaan Persekutuan atau bertindak di luar peruntukan undang-undang negara, tegas ketua penerangannya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, berkata segala tindakan dan keputusan kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam mengisytiharkan darurat adalah bertepatan dengan Perlembangaan dan undang-undang negara.

“Apabila kerajaan dan Jemaah Menteri memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, ia juga merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 150 (Proklamasi Darurat), Fasal 1 dan 2.

“Maka apa juga tindakan dan keputusan yang akan diambil, adalah bertepatan dengan Perlembagaan dan undang-undang negara demi kebaikan rakyat serta negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Semarak Malaysia Prihatin dan penyampaian sumbangan sempena Ramadan, di Gombak, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan media berhubung Pakatan Harapan (PH) akan menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta perkenan baginda supaya Parlimen bersidang semula.

Perisytiharan daurat berkuat kuasa 11 Jan 2021 hingga 1 Ogos atau lebih awal bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Pada majlis itu, Azmin, yang juga Ahli Parlimen Gombak, menyampaikan sumbangan kewangan kepada 106 buah surau dan 22 masjid serta 22 surau tidak berdaftar di bawah kawasan Parlimen itu untuk persiapan menyambut Ramadan. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button