Berita Utama

Imigresen Sabah tahan 117 pendatang haram

Periksa 680 warga asing dalam satu operasi bersepadu

SANDAKAN, 29 Syaaban 1442H, Ahad – Jabatan Imigresen Malaysia Sabah menahan 117 pendatang haram selepas memeriksa 680 warga asing dalam satu Operasi Bersepadu pada pukul 1.10 pagi di kawasan setinggan Mangkalinau Batu 3 di sini, semalam.

Pengarah Imigresen Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin berkata 115 warga Filipina dan dua warga Indonesia itu ditahan kerana dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) seperti tidak memiliki dokumen pengenalan diri, dan sebagainya.

“Semua pendatang haram itu kini ditempatkan di Depot Imigresen Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya operasi berkenaan melibatkan 213 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen serta beberapa agensi keselamatan termasuk Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), polis serta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu Muhamad Sade berkata pihaknya akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu yang didapati menjadi dalang di sebalik kehadiran dan kewujudan penempatan pendatang haram di negeri ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button