Berita Utama

Kelantan batalkan Bazar Ramadan, Aidilfitri tahun ini

Dipercayai susulan peningkatan kes harian COVID-19 di negeri itu

KOTA BHARU, 29 Syaaban 1442H, Ahad – Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di seluruh Kelantan dibatalkan pelaksanaannya tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, Program Madinah Ramadan yang sebelum ini bertempat di pekarangan Stadium Sultan Muhamad ke-IV juga bakal ditukarkan fungsinya.

“Madinah Ramadan ditukar menjadi Pusat Rawatan dan Kuarantin COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Ikhtiar demi membendung penularan COVID-19,” katanya dalam tulisan di laman Facebook, hari ini.

Terdahulu, beliau memaklumkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah kes harian COVID-19 di negeri Kelantan, semalam iaitu sebanyak 171 kes.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di negeri ini adalah sebanyak 7,021 kes. 

“Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan demi kebaikan bersama.

“Tubik rumah pakai mask, kelik rumah basuh tangan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button