Berita UtamaDunia

Korban nyawa di Myanmar kini cecah 701 orang

Dalam kemas kini terbaru seramai 3,012 orang ditahan

KUALA LUMPUR, 29 Syaaban 1442H, Ahad – Korban nyawa di Myanmar terus meningkat kepada 701 orang sejak tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa tentera meletus, lapor Agensi Anadolu.

Laporan harian Badan Amal untuk Tahanan Politik berkata, terdapat lagi korban terbaru membabitkan orang awam apabila pasukan keselamatan bertindak campur tangan.

Dalam kemas kini terbaru itu turut mendedahkan seramai 3,012 orang ditahan.

Sebanyak 656 waran tangkap dikeluarkan untuk penunjuk perasaan yang membantah rampasan kuasa.

Sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh di Bago pada Jumaat apabila tentera campur tangan.

Tentera Myanmar melancarkan kudeta 1 Februari lalu, mendakwa berlaku penipuan semasa pilihan raya 8 November 2020 sekali gus menyebabkan negara ini dicengkam ketegangan politik.

Tentera menahan beberapa pegawai dan pemimpin parti pemerintah, termasuk Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi selain mengisytiharkan darurat selama setahun.

Pegawai tinggi yang ditahan dihadapkan ke mahkamah tentera, ketika demonstrasi terus berleluasa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button