Berita UtamaDunia

Rejim pengganas Israel, AS bimbang jika Hamas menang pilihan raya

Mereka harap rakyat Palestin mahu tangguhkan pilihan raya

TEL AVIV, 29 Syaaban 1442H, Ahad – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dan Menteri Luar Negeri rejim Israel, Gabi Ashkenazi dilaporkan bimbang dengan potensi kemenangan pergerakan Hamas dalam pilihan raya Parlimen akan datang.

Ashkenazi menyatakan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan kemenangan calon Hamas dalam pemilihan bulan depan dalam perbualan menerusi panggilan telefon dengan rakannya dari AS pada hari Jumaat, RT melaporkan memetik laman web Zionis Walla yang berpusat di Tel Aviv.

Menurut laporan itu, diplomat tertinggi Israel mendakwa bahawa kemungkinan kemenangan Hamas yang berpusat di Gaza sebagai hasil daripada perpecahan yang semakin meningkat di antara kumpulan Fatah – saingan Hamas, yang berpusat di Tebing Barat.

Berkongsi kebimbangan yang sama dengan Ashkenazi, diplomat AS menegaskan bahawa siapa pun yang mengambil bahagian dalam pilihan raya Palestin mesti ‘menjauhkan keganasan, mengenali Israel dan menghormati perjanjian sebelumnya’.

Blinken juga dengan ironinya mendakwa Washington percaya bahawa ‘Palestin harus menikmati kebebasan, keamanan, kemakmuran dan demokrasi’.

Dalam pada itu, Blinken berkata, meskipun Washington tidak menentang pilihan raya itu diadakan, beliau dan pegawai Israel berbarap agar rakyat Palestin menangguhkan pilihan raya. 

Kenyataan itu dibuat hampir seminggu setelah pegawai pilihan raya Palestin mengumumkan persetujuan daripada semua 36 permohonan yang dikemukakan oleh kumpulan-kumpulan politik untuk mencalonkan diri dalam pemilihan perundangan yang sudah lama ditunggu.

Pungutan suara itu adalah sebahagian daripada usaha oleh kumpulan-kumpulan utama Palestin, termasuk Fatah dan Hamas, untuk meningkatkan sokongan terhadap pemerintahan Palestin.

Kepemimpinan Palestin telah berpecah antara Fatah dan Hamas sejak tahun 2006. Ketika itu, Hamas mencatat kemenangan besar dalam pemilihan Parlimen di Semenanjung Gaza yang dikepung Israel.

Sejak itu Hamas menjalankan kawasan pergunungan berpenduduk padat, sementara Fatah berpusat di wilayah autonomi Tebing Barat yang diduduki.

Pada bulan Januari, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengumumkan pilihan raya 2021 juga akan merangkumi pemilihan presiden pada 31 Julai dan pemilihan Majlis Kebangsaan dijadualkan pada 31 Ogos. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button