Berita UtamaDunia

Sektor pengangkutan di Syria lumpuh

Pengganas putus bekalan bahan api untuk kenderaan di kawasan rejim Syria

DAMSYIK, 29 Syaaban 1442H, Ahad – Kemerosotan krisis bahan api di kawasan yang dikendalikan oleh rejim Syria telah menyebabkan kenderaan beratur panjang di hadapan stesen minyak pada hari Jumaat, lapor Anadolu Agency.

Akhbar itu melaporkan, sektor pengangkutan lumpuh sepenuhnya, terutama di ibu kota Damsyik di mana pengangkutan awam telah berhenti beroperasi.

Mereka mengatakan, krisis mendapatkan bahan api untuk kenderaan berlanjutan sejak pertengahan Mac dan mengakibatkan kesan buruk di bandar-bandar besar, terutama Damsyik, Aleppo, Latakia, Hama dan Tartus.

Kawasan yang dikendalikan oleh organisasi pengganas YPG/PKK di wilayah Deir ez-Zor dan Al-Hasakah dianggap kawasan terkaya di Syria dengan sumber tenaga seperti minyak dan gas asli.

Bagaimanapun, kumpulan pengganas itu memutuskan bekalan bahan api kepada rejim Syria, 25 hari yang lalu, dengan alasan hutang yang terkumpul oleh rejim.

Terletak di sempadan dengan Iraq, Deir ez-Zor adalah sumber tenaga terbesar di negara ini, dan kawasan di tebing timur kota yang dibahagi oleh Sungai Euphrates merangkumi 11 ladang minyak besar.

Kumpulan YPG/PKK terus menguasai 70 peratus sumber minyak Syria, dengan sokongan dari Amerika Syarikat; sementara kilang minyak tetap berada di bawah kawalan rejim. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button