
BEBERAPA perkembangan politik tanah air yang boleh memberikan gambaran mengenai dekatnya PRU15 yang bakal tiba:
1) Sarawak dan Sabah diiktiraf sebagai wilayah (bukan lagi negeri)
2) Bocornya perbualan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim
3) Beberapa Ahli Parlimen lompat parti
4) Gerakan diterima masuk Perikatan Nasional (PN)
5) MCA nyatakan sokongan tak berbelah bahagi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan PN
6) UMNO dan PAS memperkukuhkan persepakatan Muafakat Nasional (MN) melalui beberapa majlis rasmi dan kenyataan pemimpin parti
7) PAS bincang pembahagian kerusi dengan Bersatu
8) Semakin banyak bantuan sara hidup diberikan oleh kerajaan kepada rakyat
9) Semakin ramai Ahli Parlimen turun padang dan menyampaikan pelbagai jenis bantuan dan projek pembangunan di kawasan masing-masing
10) Tun Dr Mahathir Mohamad semakin senyap dan menyepi (ada strategi rahsia?)
Apa komen anda semua?
Ahli Jawatankuasa Pusat BERJASA
Ir Ts Muhammad Lukman Al Hakim