Dunia

Israel tutup wilayah Palestin 3 hari

Urusan perubatan dibenarkan melalui persimpangan Gaza

RAMALLAH, 30 Syaaban 1442H, Isnin – Rejim pengganas Israel akan menutup wilayah Palestin yang dijajah selama tiga hari bermula Selasa, menurut tentera Tel Aviv. 

Langkah itu dipercayai penutupan sepenuhnya Tebing Barat dan laluan utama persimpangan dengan Semenanjung Gaza. 

Kenyataan rejim pengganas mendakwa, penutupan itu akan bermula pada Selasa hingga Khamis pada 15 April. 

Difahamkan, tentera membenarkan urusan kemanusian dan perubatan melalui persimpangan Gaza setelah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Israel. 

Langkah kejam rejim itu dibuat sebagai sebahagian daripada Hari Peringatan terhadap semua anggota tentera pengganas yang terbunuh ketika operasi ketenteraan Israel. 

Ia juga sempena memperingati hari kebangsaan Israel yang menandakan kebangkitan rejim dan keruntuhan Palestin – yang turut disebut sebagai ‘Nakba’ dalam kalangan Palestin. –  Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button