Berita UtamaPendapat

Pertingkat kualiti kehambaan kepada Allah SWT ketika Ramadan

BERJASA harap umat Islam jalani Ramadan penuh keimanan

MARI kita bersama mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita semua.

Bertemunya Ramadan kali ini adalah juga tanda kasih sayang Allah kepada kita, sepatutnya menambahkan lagi sifat kehambaan kita kepadaNya.

Ramadan bulan yang sarat dengan segala kelebihan, semuanya itu adalah untuk kita sebagai hambaNya. Kedatangan bulan yang mulia ini, saya menyeru kepada semua untuk kita sama-sama;

1. Menjadikan bulan yang mulia ini bulan persiapan untuk kita mempertingkatkan kualiti kehambaan kita kepada Allah.

Saya yakin bahawa hamba yang berkualiti sahaja yang mampu menjalani hidup ini dengan sebaik baik kehidupan, bertepatan dengan tuntutan syariat dan seterusnya menjadi hamba yang bermanfaat untuk dirinya dan manusia yang lain.

2. Sama-sama menyedari bahawa puasa dan segala tuntutannya adalah merupakan latihan rabbani.

Kemuncak kepada latihan itu mampu melahirkan insan bertakwa. Pemimpin yang bertakwa adalah sebaik-baik pemimpin di dunia ini dan inilah kekuatan pemimpin yang telah dilahirkan pada generasi yang pertama.

Hakikatnya dunia kini sangat memerlukan pemimpin bertaqwa dan beragenda besar.

3. BERJASA mengharapkan semua umat Islam dapat menjalani kehidupan Ramadan kali ini dengan penuh keimanan dan keinsafan serta terus berdaya mampu untuk melangkaui keterbatasan yang ada dalam suasana pandemik COVID-19 ini.

4. Marilah kita ambil kehebatan dan keberkatan Ramadan untuk bersama-sama berdoa semoga Allah segera membebaskan kita semua daripada ujian COVID-19 ini.

BERJASA yakin setiap doa yang dipanjatkan oleh hamba Allah pastinya didengari Allah.

SELAMAT MENGHAYATI DAN MENJALANI LATIHAN IBADAH PUASA.

Ustaz Zamani Ibrahim
Presiden BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button