Berita Utama

UMNO dapat kembalikan kepercayaan rakyat jika Zahid letak jawatan

Melayu rugi jika UMNO tidak kerjasama dengan PAS, Bersatu

BANGI, 30 Syaaban 1442H, Isnin – PAS, UMNO dan Bersatu dijangka berhadapan dengan cabaran besar, terutama di kawasan bandar yang mempunyai lebih 30 peratus bukan Melayu.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib berkata, hal itu kerana orang bukan Melayu akan bersama DAP selain akan mengundi PKR yang bersama dalam Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, katanya, kefahaman mengenai pilihan raya dan tingkah laku pengundi harus dilihat dengan terperinci di peringkat daerah dan pada setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen.

Atas dasar itu, Dr Kartini berkata, Melayu akan rugi sekiranya UMNO tidak bekerjasama dengan PAS dan Bersatu.

Beliau berkata, ketiga-tiga parti utama Melayu dan Islam itu juga harus memikirkan persoalan jangka panjang, bersedia bertolak ansur serta berkongsi kuasa secara kolektif demi negara dan kesejahteran rakyat.

Pada masa sama, beliau berkata, keengganan untuk bersama juga sekali gus menjadikan DAP sebagai ‘king maker’ dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Tambahnya, UMNO masih kuat di kawasan UMNO, sementara PAS dan Bersatu yang mahu meletakkan calon di kawasan kubu kuat UMNO mungkin hanya bertindak sebagai pengacau di kawasan yang mungkin pada awalnya boleh mencalonkan diri sebelum menarik diri di saat akhir.

“Ini bukan soal UMNO akan kalah tetapi ini adalah persoalan strategi pilihan raya.

“Jika UMNO bersedia membersihkan parti, Zahid meletakkan jawatan secara terhormat, UMNO boleh mengembalikan kepercayaan rakyat.

“Kalau kita lihat PAS mereka akan menang lebih kurang 20 kerusi di kawasan kubu kuat PAS. PAS ada pengikut yang setia kepada PAS terutamanya di pantai timur seperti di Kelantan, Terengganu dan beberapa kerusi di Kedah dan Perak,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button