Berita UtamaDunia

Vaksin Sinovac 50.7 peratus berkesan terhadap varian P1 Brazil

Keberkesanan meningkat 62.3 peratus jika dos kedua ditangguh lebih 2 minggu

SAO PAULO, 30 Syaaban 1442H, Isnin – Brazil pada Ahad mencatatkan 1,803 kematian baharu akibat jangkitan wabak COVID-19.

Kajian mendapati vaksin dari China yang digunakan mempunyai tahap 50.7 peratus keberkesanan bagi mengekang varian baharu yang dikenali sebagai P1.

Dalam beberapa minggun terakhir ini, Brazil menjadi pusat global wabak Coronavirus, menyaksikan lebih daripada 37,000 kes baharu.

Dengan lebih daripada 353,000 kematian, negara terbesar di Amerika Latin itu mempunyai jumlah kematian Coronavirus kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS).

Sementara itu, Presiden Brazil, Jair Bolsonaro pada mulanya menolak untuk membeli vaksin Sinovac, sebelum melakukan pusingan U dan berjuang untuk mendapatkan bekalan vaksin itu.

Institut Bioperubatan Saantan Paulo, Butantan, yang menguji dan kini menghasilkan vaksin CoronaVac turut dikembangkan oleh syarikat China iaitu Sinovac Biotech Ltd.

Dalam sebuah kajian yang dilakukan, insitut itu mendapati bahawa suntikan vaksin itu mempunyai kadar keberkesanan sebanyak 50.7 peratus terhadap varian P1.

Butantan berkata, sekiranya dos kedua ditangguhkan lebih daripada dua minggu, kadar keberkesanannya meningkat menjadi 62.3 peratus.

Katanya, vaksin mempunyai keberkesanan antara 83.7 peratus dan 100 peratus bagi mencegah individu yang dijangkiti wabak COVID-19.

Kajian itu telah dihantar ke jurnal perubatan The Lancet untuk diterbitkan selain menguji 12,400 sukarelawan di seluruh Brazil.-Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button