Berita Utama

Yayasan Ikhlas hulur sumbangan bantu pesakit pendarahan otak

Nor Hafidzi jadi tempat bergantung kini lumpuh seluruh badan

BANGI, 30 Syaaban 1442H, Isnin – Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Begitu nasib Nor Hafidzi Nor Sam, 27, apabila disahkan mengalami pendarahan otak akibat ‘ruptured brain aneurys’.

Sebelum ini, dia yang menjadi tempat keluarga bergantung pengsan di tempat kerja dan dikejarkan ke Hospital Bentong.

Kini Nor Hafidzi terlantar akibat lumpuh seluruh badan, makan melalui tuib dan mempunyai tracheostomy kekal di bahagian leher.

Kos rawatannya tinggi kerana tinggal jauh dari hospital di samping ibu bapa tiada pendapatan tetap.

Ayah Nor Hafidzi bekerja sebagai penoreh getah manakala ibunya meniaga sambilan dengan menjual kuih sejuk beku.

Nor Hafidzi memerlukan rawatan susulan, keperluan susu melalui tiub makanan, fisioterapi di samping rawatan susulan perubatan, saraf dan rehabilitasi.

Justeru, atas rasa peduli dan prihatin, Yayasan Ikhlas menghulurkan bantuan bagi meringankan beban ditanggung Nor Hafidzi serta keluarganya.

Sumbangan disampaikan dalam bentuk serahan bantuan kewangan, keperluan harian keluarga, susu dan ‘suction tube’ sebanyak 100 unit disampaikan oleh Duta Yayasan Ikhlas, Dr Rozanizam Zakaria.

“Semoga kita sama-sama mengambil peluang ini untuk menyumbang agar insan seperti Nor Hafidzi boleh dibantu.

“Kecil pada kita, besar pada mereka,” kata Dr Rozanizam.

Orang ramai yang ingin turut sama menyumbang untuk meringankan beban serta menyuntik keceriaan buat pesakit yang kurang bernasib baik boleh klik pautan https://ikhlas.fund/ms/kempen/bantu-pesakit-sihat

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button