Berita UtamaDunia

Zionis makin biadab, halau petani Palestin dari tanah sendiri

Beri alasan tak munasabah, konon tak dapat permit

HEBRON, 30 Syaaban 1442H, Isnin – Rejim pengganas Israel mengusir petani Palestin dari tanah mereka di bandar Beit Ummar, Utara Hebron dekat Tebing Barat yang diduduki, semalam.

Aktivis tempatan, Mohammed Awad berkata, seorang petani Palestin bersama keluarganya ditahan lebih daripada dua jam sebelum diusir keluar dengan alasan tidak mempunyai permit masuk ke kawasan tanah mereka.

Lokasi kejadian juga terletak bersebelahan dengan penempatan haram Yahudi Karmei Tzur.

Dalam kejadian, rejim pengganas Israel memusnahkan tiang besi yang dibina keluarga berkenaan bagi pembinaan rumah hijau.

Sementara itu, pusat Hak Asasi Manusia al-Haq berkata, Israel turut mengenakan sekatan kepada petani Palestin yang ingin memasuki kebun zaitun yang terletak berhampiran dengan penempatan mereka.

“Petani Palestin perlu meminta izin memasuki tanah mereka sendiri.

“Namun, permintaan mereka sering ditolak menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengurus tanah.

“Sekatan menjadi lebih ketat ketika musim memetik buah zaitun,” katanya.

Pusat itu berkata, petani Palestin sering diganggu dan diserang oleh penduduk haram Yahudi termasuk pemusnahan serta pembakaran pokok zaitun.

Katannya, Israel sering kali menafikan hak asasi Palestin termasuk prinsip kedaulatan tanah dan sumber semula jadi, selain menggugat mata pencarian mereka.

Perkara ini bertentangan dengan Artikel 1 Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR).

“Mengikut undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan seperti yang dinyatakan dalam Konvensyen Geneva Keempat, Israel tidak berhak untuk tidak menyekat hak untuk rakyat Palestin bekerja di wilayah Palestin yang diduduki,” kata pusat itu. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button