Berita UtamaDunia

22 maut, 14 cedera bas terbalik di Peru

Penumpang dalam perjalanan pulang selepas mengundi

LIMA, 1 Ramadan 1442H, Selasa – Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh manakala 14 lagi cedera selepas bas dinaiki terbalik akibat tergelincir ketika hujan di jalan Andean dekat Peru semalam, kata polis.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 7 pagi waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia) di kawasan Palo Seco.

Stesen televisyen tempatan melaporkan, kebanyakkan penumpang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengundi dalam pilihan raya pada Ahad untuk memilih presiden dan ahli kongres yang baharu.

Sementara itu, pihak berkuasa pengangkutan Peru dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah mengaktifkan semua protokol intervensi untuk mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kemalangan bagi menentukan langkah-langkah yang sesuai.

Kemalangan maut mengerikan sering berlaku di Peru terutama pada musim hujan, ditambah lagi dengan permukaan jalan yang teruk, panda tanda yang tidak mencukupi serta kurangnya kawalan pihak berkuasa. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button