Berita UtamaDunia

Selepas 18 tahun, tahanan Palestin dibebaskan Israel

Aktivis Hasan Fatafta ditahan pada 2003 menentang penjajahan Zionis

RAMALLAH, 25 Jamadilawal 1442H, Sabtu – Seorang tahanan politik Palestin yang berada di penjara Israel selama 18 tahun dibebaskan, semalam.

Aktivis Hassan Fatafta dibebaskan dari penjara Ofer dekat Tebing Barat yang diduduki.

Beliau ditahan pada 2003 dengan alasan menentang penjajahan negara haram Israel.

Bercakap kepada media setelah pembebasannya,  Hassan berkata, warga Palestin lain yang ditahan Israel perlu komited memperjuangkan keadilan negara itu.

“Rakyat Palestin mesti mempertahan serta mencapai perjuangan mereka yang menjadi punca mereka dipenjarakan,” katanya.

Beliau yang juga seorang intelektual dan novelis telah menulis sekurang-kurangnya dua buah novel ketika berada di dalam penjara.

Terdapat kira-kira 4,500 tahanan Palestin dan Arab yang dipenjarakan di penjara Israel susulan menentang pendudukan haram Israel di tanah air mereka.  – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button