Uncategorized

COVID-19: Kompleks Seri Iman tutup 3 hari susulan 11 kes positif

Beri laluan kepada kerja basmi kuman, kawal penyakit merebak

KUALA TERENGGANU, 2 Ramadan 1442H, Rabu – Kompleks Seri Iman di sini ditutup selama tiga hari bermula hari ini berikutan terdapat 11 kes positif COVID-19 di bangunan pusat pentadbiran tersebut.

Penutupan itu membabitkan enam premis pejabat di bangunan berkenaan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu, Pejabat Agama Daerah Kuala Nerus serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Terengganu.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus berkata perintah penutupan premis itu dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembasmian kuman untuk mengawal penyakit berjangkit merebak.

“Ia berkuat kuasa di bawah Seksyen 18 (1) (1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Setakat ini, terdapat 177 kes aktif COVID-19 di seluruh Terengganu dan kesemua pesakit berada dalam keadaan stabil dan diberikan rawatan biasa. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button