Berita Utama

Cuaca buruk sebelah petang di Kuala Lumpur dijangka berlanjutan hingga Sabtu

Warga kota diminta lebih berhati-hati, peka dengan perubahan cuaca

KUALA LUMPUR, 2 Ramadan 1442H, Rabu – Cuaca buruk di sekitar Kuala Lumpur dijangka berterusan sehingga Sabtu ini, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Berikutan itu, DBKL menasihatkan warga kota supaya lebih berhati-hati dan berwaspada berikutan cuaca buruk melibatkan ribut petir yang melanda.

“Warga kota dinasihatkan supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca yang berlaku. Layari https://www.met.gov.my/index.php untuk mengetahui keadaan semasa cuaca. Kami prihatin keselamatan anda.

“Jika berlaku banjir kilat di kawasan anda, sila hubungi Bilik Gerakan DBKL di Talian 03-40244424 untuk tindakan kecemasan,” katanya dalam laman Facebook, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir bakal melanda pada sebelah petang, bermula 11 hingga 17 April ini.

Dalam pada itu, DBKL memaklumkan pihaknya bertindak pantas melaksanakan kerja-kerja memotong dan membersihkan pokok-pokok tumbang akibat daripada hujan lebat yang turun pada 12 dan 13 April di sekitar Kuala Lumpur.

“Kerja-kerja pembersihan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan gangguan lalu lintas kepada orang awam.

“Tindakan pantas ini sedikit sebanyak telah melegakan warga kota yang turut terkesan dengan fenomena cuaca sejak kebelakangan ini,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button