Berita Utama

Harga petrol, diesel kekal

Penetapan harga runcit secara mingguan guna formula APM

BANGI, 2 Ramadan 1442H, Rabu – Harga runcit produk petroleum RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada harga RM2.54 serta RM2.05 seliter mulai tengah malam ini.

Sementara, diesel juga kekal RM2.15 seliter berkuat kuasa bagi tempoh 15 April sehingga 21 April 2021, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian berkata, penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguh pun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button