Artikel KhasBerita Utama

Hukum, fatwa tak boleh dikeluarkan secara sembrono

Islam terbina atas asas wahyu, ilmu, rasional bukan ekstrem sempit

UMAT Islam dinasihatkan agar berhati-hati dalam mengambil dan beramal dengan satu-satu hukum pada sesuatu perkara. Hukum dan fatwa dalam Islam mesti keluar daripada individu yang berkelayakan dan mesti daripada kalangan mereka yang ahli dalam bidang ini.

Hukum dan fatwa tidak boleh dikeluarkan secara sembrono yang tidak diasaskan sama sekali kepada prinsip dan proses mengeluarkan hukum. Individu yang layak mengeluarkan hukum atau fatwa mesti mempunyai ilmu usul fiqh dan menguasai qawaed fiqhhiyyah yang kemas. Jika tidak, maka akan berlakulah seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam jadi keliru dan kelam kabut.

Saya menasihatkan juga, dua individu yang terlibat iaitu Ustazah Siti Afifah dan suami supaya berhenti daripada perbuatan tersebut. Semakin hari semakin jauh lari menyimpang daripada perbahasan ilmu fiqh nampaknya.

Hukum yang keluar adalah sangat dangkal dan tidak melalui proses ilmu yang betul. Berhati-hatilah. Kerana ianya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah.

Islam adalah agama unggul yang turun sebagai sumber ilmu dan iman. Agama ini terbina atas asas wahyu, ilmu dan rasional. Bukan atas asas ekstrem sempit.

Ustazah Siti Umi Kalsom binti Hussin
Timbalan Ketua Wanita BERJASA Malaysia

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button