Berita Utama

PDRM turun padang pantau bazar Ramadan

Orang ramai diingat patuhi SOP ditetap oleh pihak MKN

BANGI, 2 Ramadan 1442H, Rabu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau lokasi bazar Ramadan bagi memastikan orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tindakan tegas juga akan diambil kepada mana-mana individu yang gagal mematuhi SOP ditetapkan.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika berkunjung ke bazar Ramadan di seluruh negara.

“Peniaga juga perlu bertanggungjawab dalam memastikan pengunjung premis mereka sentiasa mematuhi SOP ketika urus niaga iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, kerajaan kembali membenarkan bazar Ramadan dibuka dengan syarat SOP yang ketat, meskipun negara masih dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dan Pemulihan.

Ketetapan itu turut merangkumi kebenaran membuka bazar raya dan solat sunat tarawih di masjid serta surau sepanjang bulan Ramadan.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button