Berita Utama

Projek Ramadan Relief bantu 100 keluarga asnaf di Pulau Mabul

Yayasan Ikhlas rancang untuk bantu lagi 100 buah keluarga asnaf di kawasan terbabit

BANGI, 2 Ramadan 1442H, Rabu – 100 keluarga asnaf beragama Islam di Pulau Mabul, Semporna menerima sumbangan Ramadan yang disampaikan oleh Yayasan Ikhlas, sebuah pertubuhan peduli dan prihatin.

Sumbangan yang diserahkan pada 11 April lalu adalah peruntukan daripada pihak Maybank Islamic melalui Projek Ramadan Relief 2021.

Bantuan berkenaan telah disampaikan oleh wakil Yayasan Ikhlas Sabah, Hassan Unus bersama 10 lagi sukarelawan lain.

Bagaikan membawa satu sinar bagi golongan asnaf di pulau berkenaan, salah seorang penerima, Muhammad meluahkan rasa syukur di atas bantuan yang diberikan.

“Syukur Alhamdulillah, ada sudah bekalan makanan untuk kami sambut bulan puasa,” katanya.

Pulau Mabul adalah salah satu pulau di perairan Sabah, di mana terdapat lebih 200 keluarga beragama Islam yang hidup dalam suasana kekurangan.

Sementara itu, Pegawai Operasi dan Tugas-Tugas Khas Yayasan Ikhlas, Syafiq Syahmi berkata, pihaknya merancang memberikan sumbangan kepada 100 lagi keluarga asnaf di Sabah.

“Mohon doa agar semuanya berjalan lancar,” katanya.

Orang ramai yang ingin memberi sumbangan boleh salurkan ke akaun Maybank Yayasan Ikhlas 5628 3463 6228 atau layari www.yayasanikhlas.org.my.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button