Berita Utama

Ucapan Ronnie Liu tunjuk wajah kecinaan sebenar DAP

Hairan mengapa orang Melayu masuk parti itu masih tak sedar

BANGI, 2 Ramadan 1442H, Rabu – Kenyataan Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan, Ronnie Liu bukti jelas bahawa parti itu tidak mahukan korbankan kecinaannya, meskipun dibuka kepada berbilang kaum.

Terdahulu, Ronnie dalam satu program di Klang memaklumkan parti itu tidak boleh dibataskan hanya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu dan tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik mereka.

Jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu, DAP perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu lain tetapi tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri sebagai parti bukan Cina.

Berikutan itu, pemerhati politik, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah kehairanan, mengapa orang Melayu yang masuk parti tersebut masih tidak sedar bahkan sanggup menjunjung dan bermati-matian mempertahankannya.

Katanya, kenyataan Ronnie jelas menunjukkan wajah sebenar parti ultra kiasu itu yang berpusat kepada cauvinis Cina atau Cina sentrik, walaupun mereka mencanangkan ia parti berbilang kaum.

“Kenyataan beliau segera dinafikan oleh pemimpin seperjuangannya, terutama yang perempuan Cina berkahwin campur itu, yang meletakkan bangsa anaknya, anak Cina. Walaupun sepatutnya dia perlu mengikut bangsa suaminya (India).

“Tidak lama selepas itu, Ronnie Liu cuba menjernihkan keadaan dengan menyatakan ucapannya disalahfahamkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, beliau membidas tindakan Ahli Jawatankuasa DAP Kebangsaan itu memuat naik gambar memakai baju Melayu berwarna biru muda dengan ucapan salam Ramadan.

“Kecinaan bukan terletak kepada pakaian Melayu, atau ucapan selamat berpuasa, tetapi terletak kepada hati dan perangai kamu.

“Pakaian baju Melayu sehingga jadi macam tokong sekalipun, ucaplah selamat berpuasa sampai kering tekak, selagi perangai tidak sama menunjukkan itu, apa yang dipakai, apa yang diucap, semua itu hanya palsu,” bidasnya.

PAUTAN BERKAITAN

https://ismaweb.net/2021/04/14/jangan-terperangkap-dengan-sandiwara-identiti-cina-ultra-kiasu/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button