Berita Utama

COVID-19: Kes baharu catat angka lebih daripada 2,000 selepas 41 hari

Kali terakhir angka tersebut dicatat pada 5 Mac dengan 2,154 kes

KUALA LUMPUR, 3 Ramadan 1442H, Khamis – Kes baharu COVID-19 negara kembali mencatatkan angka melepasi 2,000 selepas 41 hari dengan 2,148 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Kali terakhir negara mencatat kes melebihi angka 2,000 adalah pada 5 Mac lalu dengan 2,154 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Twitter beliau hari ini memaklumkan tiga negeri tertinggi mencatat kes baharu adalah Sarawak dengan 512 kes, Selangor (459 kes) dan Kelantan (221 kes).

Ini diikuti Sabah dengan 202 kes, Johor (182), Kuala Lumpur (171), Pulau Pinang (134), Terengganu (57), Melaka (53), Perak (51) dan Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing mencatat 34 kes.

Beliau berkata Kedah mencatat 26 kes, Putrajaya (8), Labuan (3) dan Perlis merekod satu kes bagi tempoh 24 jam lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button