Dunia

PA kecam tindakan Israel sabotaj solat tarawih di Al-Aqsa

Polis rejim ceroboh menara masjid potong wayar pembesar suara

BAITULMAQDIS, 3 Ramadan 1442H, Khamis – Pihak Berkuasa Palestin (PA) mengecam tindakan rejim pengganas Israel mensabotaj pembesar suara di Masjid Al-Aqsa ketika jemaah menunaikan solat sunat tarawih pada hari pertama Ramadan, lapor agensi berita Wafa.

Jurucakap Presiden PA, Nabil Abu Rudeineh berkata, wayar pembesar suara sengaja dicabut beberapa kali sewaktu jemaah menunaikan solat Isyak dan tarawih.

“Ini adalah serangan rasis terhadap tempat suci dan kebebasan beribadah serta pelanggaran serius terhadap konvensyen hak asasi manusia antarabangsa.

“Ini mengancam untuk mengubah konflik menjadi perang agama yang tidak berkesudahan yang akan merosakkan keamanan dan keselamatan antarabangsa,” katanya.

Polis Israel menceroboh ke menara Al-Magharba dan Al-Asbat untuk memotong wayar yang dipasang pada pembesar suara masjid Al-Aqsa. 

Ketika itu, sekitar 10,000 jemaah Palestin yang sudah divaksin sepenuhnya sedang menunaikan solat pada hari pertama Ramadan. 

Difahamkan, polis Israel juga membuang pintu menara Al-Asbat dan menggeledah ruangan loteng. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button