Berita Utama

Kerana selisih faham, kanak-kanak 9 tahun gantung diri

Mangsa dipercayai gantung diri guna kain pelikat: Polis

KULAI, 4 Ramadan 1442H, Jumaat – Akibat selisih faham, seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dipercayai menggantung dirinya di kediaman keluarga di Flat Temenggong, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.30 petang.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan itu berbuat demikian dipercayai kerana perselisihan faham antara keluarga.

“Setibanya di lokasi, mangsa telah diturunkan oleh ahli keluarga daripada tempat asal.

“Mangsa dipercayai menggantung diri menggunakan kain pelikat,” katanya seperti dilapor media tempatan hari ini.

Beng Yeow berkata, pihak hospital yang tiba kira-kira pada jam 4.45 petang kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati tiada kesan kecederaan fizikal dan mangsa disahkan mati kerana ‘hanging’,” katanya sambil menambah kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button