Berita Utama

Koh Hoi dilantik Timbalan Menteri Persekutuan

Beliau dilantik bagi gantikan Dr Jeffrey G. Kittingan

BANGI, 4 Ramadan 1442H, Jumaat – Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa Datuk Guan Dee Bin Koh Hoi dilantik sebagai Timbalan Menteri Persekutuan.

Dalam satu kenyataan hari ini, pejabat itu berkata, pelantikan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan.

“YB Senator Datuk Guan Dee Bin Koh Hoi dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya bagi menggantikan YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan.

“…yang telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II merangkap Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah pada 29 September 2020,” katanya.

Katanya, Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Timbalan Menteri Persekutuan akan diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong diadakan pada hari ini.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button