Berita Utama

Siapa di belakang syarikat judi GDBet333?

Selidik berapa mereka dibayar untuk hina diri dan Islam

BANGI, 4 Ramadan 1442H, Jumaat – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri digesa memberi respons segera berhubung isu iklan yang mempromosikan judi dengan mempergunakan tema Aidilfitri.

Mantan Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim menegaskan, iklan syarikat judi berkenaan sangat melampau dan amat menguji kesabaran umat Islam.

Beliau turut menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) segera melakukan siasatan ke atas penghina agama yang terbabit.

“Mohon pihak polis panggil setiap seorang daripada penyanyi ini. Selidik berapa mereka dibayar untuk menghina diri dan menghina Islam? 

“Siasat siapa di belakang GDBet333, kepalanya, artis mereka, dan rangkaiannya.

“Ini benar-benar menguji kesabaran umat Islam. Kerajaan dan Menteri Agama mohon tidak mendiamkan diri,” katanya dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Semalam, tular klip video berjudul ‘GDBet333 Hari Raya’ yang tampil mengajak orang ramai menggunakan servis judi untuk meraih wang berganda. 

Iklan berkenaan menggunakan lagu hari raya Aidilfitri sebagai muzik latar dan pelakonnya dipercayai beragama Islam.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button