Berita Utama

438,220 individu lengkapkan vaksinasi COVID-19 setakat ini

Dalam tempoh sama, 687,176 menerima suntikan dos pertama

KUALA LUMPUR, 5 Ramadan 1442H, Sabtu – Seramai 438,220 individu telah menerima kedua-dua dos vaksin mereka di bawah fasa satu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata bagi tempoh sama juga, seramai 687,176 individu menerima suntikan dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin COVID-19 yang telah diberikan kepada penerima di seluruh negara sebanyak 1,125,396 dos.

Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan bilangan terbesar penerima dos pertama ialah Selangor (97,416), Kuala Lumpur (78,086), Sarawak (67,624), Johor (63,295) dan Perak (56,295).

Lima negeri yang merekodkan jumlah tertinggi penerima yang telah melengkapkan dos vaksin mereka setakat ini ialah Selangor dengan 63,126 individu, Perak (48,795), Sabah (43,033), Kuala Lumpur (38,642) dan Sarawak (33,291).

Mengenai jumlah mereka yang mendaftar untuk program imunisasi itu, Dr Adham berkata setakat semalam, seramai 8,902,528 orang atau 36.4 peratus daripada yang disasarkan telah mendaftar, dengan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,347,091. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button