Berita Utama

Ganggu kalimah Allah sebahagian rancangan capai New World Order

'Mereka mahu jadi polis dunia, jadikan negara Islam sasaran’

BANGI, 5 Ramadan 1442H, Sabtu – Isu kalimah Allah adalah satu perancangan strategik bagi mencapai objektif terbesar Barat iaitu New World Order (NWO).

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya menegaskan, NWO dicipta oleh Amerika Syarikat (AS) selepas kejatuhan Soviet Union bertujuan untuk menjamin kuasa unipolar terus berpusat di negara tersebut. 

“Mereka mahu jadi polis dunia dan jadikan negara Islam sasaran untuk diganggu-gugat dengan memecah belahkan rakyatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pembukaan Persidangan Susulan Isu Kalimah Allah dan isu-isu mengenai agama Islam, hari ini.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin juga mendakwa, isu kalimah Allah bukan berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang perancangan rapi.

Oleh itu, dakwa beliau, ianya bukan satu-satunya isu yang djadikan sebagai bahan pertikaian berkaitan agama Islam.

“Sebaliknya semua isu itu ada perkara tersembunyi yang dikenali sebagai ‘blind spot’.

“Mereka biarkan kita bermain dengan ‘game’ yang mereka caturkan, tetapi sebenarnya mereka memerlukan perkara lain,” jelasnya, 

Dalam pada itu, beliau berkata, pemimpin serta umat Islam tidak boleh menjadi naif dengan permasalahan yang timbul di dalam agama pada ketika ini.

Sarannya, untuk tidak terperangkap dengan permainan pihak tertentu, umat Islam harus mencipta agenda tersendiri sebagai alternatif kepada Barat.

“Kalau Barat ada New World Order, kenapa tidak kita ada New Islamic Order?

“Mungkin ini satu cadangan pelik, tetapi harus difikirkan kerana negara tidak harus terus-menerus dicaturkan oleh Barat,” katanya lagi.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button