Dunia

Mufti Baitulmaqdis gesa campur tangan negara Arab, Islam lindung Al-Aqsa

Pengganas Israel sengaja potong wayar pembesar suara, rampas makanan berbuka

BAITULMAQDIS, 5 Ramadan 1442H, Sabtu – Negara-negara Arab dan Islam digesa untuk campur tangan terhadap pelanggaran rejim pengganas Israel ke atas Masjid Al-Aqsa, lapor Pusat Maklumat Palestin.

Gesaan itu disuarakan oleh Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Muhammad Hussein yang juga khatib Masjid Al-Aqsa dalam satu kenyataan. 

Sheikh Muhammad berkata, pihak berkuasa Israel sengaja mencabut pintu menara masjid, memotong wayar pembesar suara untuk menghalang laungan azan.

Bahkan, rejim berkenaan turut bertindak merampas makanan berbuka puasa, selain mengancam akan menyerbu masjid itu pada minggu terakhir Ramadan. 

Bercakap mengenai ancaman yang disebut ‘kumpulan kuil’ untuk menyerbu Masjid Al-Aqsa pada hari terakhir Ramadan, Sheikh Muhammad berkata: “Masjid akan tetap menjadi penghalang yang tidak boleh ditembusi oleh sesiapa yang berusaha mencemarkannya.” 

Pada masa sama, beliau turut meminta penduduk Palestin merancakkan kehadiran mereka ke Masjid Al-Aqsa bagi menangkis serangan puak pengganas itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button