Berita Utama

Relawan Muda ISMA dilantik rakan kerjasama ABC19

Objektif utama ABC19 tingkatkan kesedaran kepentingan vaksin

BANGI, 5 Ramadan 1442H, Sabtu – Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) melantik Relawan Muda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) sebagai rakan kerjasama bagi projek Agen Basmi COVID-19 (ABC19).

Watikah pelantikan telah diterima oleh Ketua Koordinator Relawan Muda ISMA, Syed Abdul Hadi dalam satu majlis di Pejabat Nadma, Putrajaya.

Dalam majlis itu, satu lilitan lengan bertulis ABC19 disarungkan sebagai simbolik kepada lantikan berkenaan.

Antara objektif utama projek ABC19 adalah bagi memberi kesedaran berkaitan kepentingan vaksin, seterusnya meningkatkan pendaftaran rakyat untuk menerimanya.

Perkara itu penting dalam memastikan kadar minimum 80 peratus penduduk Malaysia divaksin dicapai sekali gus meningkatkan imunisasi berkelompok.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button