Berita UtamaDunia

Serangan di masjid, 8 sekeluarga maut ditembak

Maklumat awal tunjuk pertikaian tanah punca serangan

JALALABAD, 6 Ramadan 1442H, Ahad – Lapan sekeluarga ditembak mati dalam serangan di sebuah masjid di timur Afghanistan, kata pihak berkuasa hari ini.

Serangan tembakan itu berlaku malam semalam di bandar Jalalabad di wilayah Nangarhar dan dipercayai disebabkan pertikaian tanah, kata gabenor wilayah itu, Zaiulhaq Amarkhil.

“Insiden ini sedang disiasat, bagaimanapun maklumat awal menunjukkan pertikaian tanah adalah punca berlakunya serangan berkenaan,” kata Amarkhil kepada AFP.

Dalam kejadian itu, lima beradik dan tiga sepupu lelaki mereka terbunuh.

Jurucakap polis Nangarhar, Fareed Khan mengesahkan berlakunya serangan berkenaan.

Pembunuhan bermotifkan balas dendam merupakan perkara biasa di Afghanistan yang mana ahli keluarga menuntut keadilan dengan dengan bertindak ganas berdasarkan kepercayaan kuno. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button