Berita Utama

Isu dan realiti melanda umat Islam perlu diketengahkan

Cadangan supaya diadakan modul khas ajar ilmu-ilmu perundangan

ALHAMDULILLAH, selesai semalam sesi sidang ‘engagement’ isu-isu semasa umat Islam khususnya isu perundangan bersama para asatizah, tok-tok guru pondok dan para pendakwah anjuran PEMBELA.

Di sini, kita telah memberikan ruang untuk para asatizah, tok-tok guru pondok dan para pendakwah untuk bersoal jawab dengan pakar-pakar perundangan dan aktivis-aktivis dalam isu-isu semasa.

Kita berharap selain memberikan penerangan dan mendapatkan input mereka dalam isu-isu semasa, moga-moga juga mereka dapat menceritakan dan mengajarkan kepada anak-anak murid mereka di pusat-pusat pengajian dan pondok-pondok tahfiz akan isu-isu serta realiti yang melanda umat Islam di Malaysia ini.

Dalam sesi kali ini, ada juga cadangan agar kita membuat modul khas bagi mengajar ilmu-ilmu perundangan terutamanya ilmu Perlembagaan kepada para asatizah dan anak-anak murid mereka. InsyaAllah, cadangan ini adalah sangat baik dan akan diperhalusi.

Kita yakin, kesedaran dan penerangan tentang fakta-fakta realiti isu semasa yang melanda umat perlu dibincangkan di peringkat sebegini agar sinergi antara NGO-NGO Islam, persatuan-persatuan, institusi-institusi Islam dapat berlaku dengan lebih mendasar dan lebih berkesan dalam setiap nadi masyarakat.

Haji Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button